Empat pencuci tingkap terhangat di pasaran yang mempunyai keinginan untuk berjaya di kota metropolitan Kuala Lumpur ini akan muncul dalam program TV "AC DISINI" saluran Astro Ria jam 6.30 pada 18 Januari ini, saksikan gelagat mereka yang penuh kelucuan dan akan membuatkan anda tidak kering gusi. Sekali lagi gandingan bersama Awie, Afdlin Shauki, Ac Mizal dan Hans Isaac akan menggegarkan panggung seluruh negara pada 24 januari ini. Tengok jangan tak tengok. AC DISINI SEMPOI.
Post a Comment
|1/04/2008 11:20:00 AM|
Previous Posts
Hans Isaac said...
"Filem CUCI ada comedy, ada seriousnya, action, ada sikit. Saya bagi semua sikit, saya cuma bagi satu rojak."
Afdlin Shauki said...
"I think this is something yang jarang kita dapat saksikan dalam filem Melayu karena selalunya kita ambil cerita pasal hero sahaja. So the unsung hero ini orang-orang kat belakang-belakang ini jarang kita ketengahkan sebagai hero."
AC Mizal said...
"Walaupun filem ini berkisar tentang pencuci bangunan tetapi sebenarnya adalah mengenai semangat setia kawan antara empat orang ini dan juga Malaysia punya citizen yang cuba membaiki kehidupan mereka dan berharap sesuatu yang bagus akan berlaku tanpa hanya duduk diam tak berusaha untuk mendapatkan kejayaan."
Awie said...
"Dalam filem ini adalah filem untuk menghargai seseorang"
Khir Rahman said...
"Walaupun dia orang pencuci, dia orang hanya buat kerja cuci bangunan, cuci cermin, dan sebagainya, tetapi saya kira dia orang ada juga lebih dari itu sebenarnya dan itu dibuktikan melalui kerja dia orang dan secara tak langsung menyuarakan bahwa tak kira apa kerja itu buat tetapi kita buat itu dengan baik."
Erra Fazira said...
"Filem ini agak istimewa kerana gabungan pelakon khas yang dipilih."
Ummi Aida said...
"...saya pergi lokasi saya tak anggap saya pergi shooting, saya pergi berjumpa kawan-kawan dan berlakon tu macam friend macam harian kita orang. Itu yang seronoknya dalam cerita CUCI ini."
Hans Isaac said...
"Saya memang sudah lama kagum dengan mereka sebab mereka kawan saya, saya kagum dengan pelakon-pelakon ini. Itu sebabnya saya panggil mereka berlakon dalam filem saya, sebab saya hormati mereka, saya tahu yang mereka ada something special. Itu sebabnya mereka adalah pelakon yang dikatakan star filem di Malaysia. Mereka adalah 'A' grade actor, thinking actor, committed actor."